Sekitar Kuala Nerang dan Pedu

Bangunan Umno yang berdiri gagah di tengah Bandar Kuala Nerang. Harganya mencecah RM3 juta katanya. Umno memang banyak duit ka??? Taktaula Paklong nak kata…

Bersama calon N08 Pedu, Ir Zamri. Berada di Pos dekat Nami

Berkempen bersama salah seorang campaign manager, Pak Tam Li. Seorang tokoh lama yang sangat terkenal. Pemburu dan pengembara.

Seorang Tok Bomoh dan Perawat Islam Terkenal di Padang Terap sedang menggobek pinang menggunakan gobek buluh. Pinang lemak akan digobek sehingga hancur. Pinang akan dimamah dengan daun sireh bercampur kapur makan sehingga airnya bertukar menjadi merah. Air pinang bercampur sireh boleh menguruskan badan, menguatkan gigi dan menenangkan pemikiran. Airnya juga boleh disembur kepada luka-luka dan amat mujarab. Apabila dibacakan doa-doa tertentu ia akan menjadi lebih berkesan. Untuk mendapatkan khidmat bomoh ini… hubungi ana melalui blog ini.

Gambar-gambar pelik padang Terap

Para Petugas sedang berehat dengan aman… Simple.. Hanya beralaskan tikar mengkuang. Sejenis tikar yang dianyam menggunakan daun mengkuang. Sejenis pokok yang berduri yang tumbuh dekat sawah padi. Daunnya dipotong, durinya dibuang, seterusnya daunnya akan direndam sehingga lembut. Daun kemudiannya akan dijemur sehingga kering dan diraut halus. Mengayam daun ini memerlukan kepakaran tersendiri. Kadang-kadang daun akan direndam didalam pewarna. Ia akan menghasilkan corak yang menarik. Itu tak penting… Yang penting ialah tiduuur. Cuba perhatikan baik-baik. Beberapa orang petuga pula sedang bermunajat kepada Allah agar diberi kemenangan kepada Islam. Takbiiiiir!!!

Kucing hitam sedang tidur di atas pangkin. Sebenarnya ada sejenis spesis durian yang terkenal dinamakan ‘Kucing Tidur’. Mungkin ada kaitan dengan kucing ini…. Kucing itu tak penting, yang penting ialah duriannya… Lepas PRU 12, kita cari durian kucing tidur.

Paklong berjanggut sedang menurunkan ilmu kepada Calon P007 Padang Terap. Sebelah beliau ialah Saudara Zun Awang Long Ceng. Seorang saudagar handphone, beras, gula, ikan dan minyak terkenal. Ya Allah… Murahkan rezeki, panjangkan umur dan matikan beliau dalam imaaan.

Gambar-gambar baru

Bersama Ustaz Azizan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Setiausaha PAS Kedah Sdr Yusof Husin. Kedua-duanya banyak memberi tunjuk ajar kepada Ustaz Nasir. Ini adalah salah satu scene lawatan mengejut PJ ke MTD Pedu. Terima kasih, arigato, sese, swaddee, syukran, syukriya, thank you wahai pemimpin2 ku dan dan pemimpin ummat..

Program Bacaan Yaasin pada Jumaat lepas di Kuala Nerang. Ramai yang hadir untuk mengenali Ustaz Nasir dengan lebih denkat. terima Kasih ibu-ibu dan kakak semua..

Generasi Padang Terap akan datang. Adakah kehidupan mereka lebih terbela… Atau mereka hidup untuk membayar hutang yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin rakus mereka.. Hutang Negeri Kedah melebihi 1000 juta. Balak dah hampir habis dikaut.. ratusan lori balak merayap saban hari dari Hutan Daerah Padang Terap. Kawasan tadahan hujan terganggu, ekosistem terganggau, flora dan fauna terancam. Ya BN…. Biarkan??

Ustaz Nasir berbaju hijau kuning bergambar bersama satu team bolasepak kampung. Bersama bola baru… Main beb… Main musti sungguh2. ustaz Nasir pernah dilatih oleh penolong jurulatih Hijau Kuning Balachandran suatu ketika dulu. Peminat setia hijau kuning hingga kini…

Bersama Ustaz Azizan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Beliau ialah MB menanti… Sebelah kanan beliau ialah Ustaz Nasir. Sebelah Kiri ialah Pengerusi PKR Kedah merangkap Calon N 08 Pedu, kekanda Ir Zamri. Beliau ada juga pertalian keluarga dengan Ustaz Nasir. Tapi tak tau la berapa pupu..