Makhluk-makhluk ‘kerdil’ lagi Teraniaya di Padang Terap

Ikan-ikan berada di dalam akuarium. Berenang dan berenang….. Namun tak pernah sampai ke hujung. Hanya mengharapkan makanan yang disuap. Akuarium yang cantik.. tetapi sayang..

Burung Tiong Emas. Suaranya sedap, lidahnya boleh diasah dengan buluh ataui sejenis daun.

Akhirnya boleh bagi Salam. Tapi, burung mana ada faham….

Ayam ini sedang mengeram di dalam sejenis flora yang terkenal iaitu Tanduk Rusa. Boleh dijual dengan harga ratusan ringgit bahkan mencecah ribuan ringgit. Yang menyedihkan ialah ayam…. Mungkin sedang merenung memikirkan nasib generasi anak cucunya. Ia tidak mampu menikmati nikmat kemerdekaan. Semua hasil mahsul dikaut oleh pemimpin yang rakus dan kroni-kroni mereka.

KEMPEN 2 MAC USTAZ NASIR

Calon P007 Parlimen Padang Terap dari PAS dan UMNO. Ustaz Nasir Zakaria di kanan dan Dato’ Ghazali di kiri. Perjumpaan yang harmoni. Penuh tertib dan mengasyikkan. Dato’ Li sedang ‘membalut’ atau ‘memintal’ rokok daun. Sejenis rokok yang diisi dengan tembakau jawa. Dia juga sedang tersenyum kemalu-maluan.

Bersama Tuan Guru Pak Teh Mat. Seorang ulamak yang sangat berpengaruh di Daerah Padang Terap. Mengasaskan Sekolah Agama Ahmadiah Padang Nyior Kuala Nerang yang melahirkan ribuan pemimpin dan cendekiawan Islam Padang Terap. Juga mengasaskan pengajian pondok. Beliau sedang memimpin majlis Tahlil. Ustaz Nasir membacakan doanya. Manakal Dato’ Li dah lama blah…


Bersama Saiful Idham. Ketua Pemuda Parti KeAdilan Rakyat Negeri Kedah di Majlis Ceramah di Kampung Kubang Kenyeng dalam UPU Tandop Besar.

Macam-macam

Tahukah tuan-tuan apa yang ditarik oleh budak kecil ini? Ia adalah seekor ‘kerbau’. Satu permainan tradisional zaman dulu-dulu. Ia dibuat dari pelepah kelapa dan sabut buah kelapa. Ia setaraf dengan permainan galah panjang, congkak, tarik upih, main sorok-sorok atau acilut serta tahan cereding burung. Penulis tak sangka ia masih wujud ketika anak-anak sudah terdedah dengan teknologi maklumat dan permainan remote. Alangkah daifnya daerah terasing ‘Padang Terap’ ini.

Sebuah rumah yang hampir roboh. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah untuk rumah rakyat. Bukan untuk bail out kompeni kroni. persetankan rakyat…. perjuangan sesetengah pemimpin hanyalah UNTUK PERUT DAN BAWAH PERUT…

Ini ialah kepuk padi atau jelapang padi. tempat simpanan padi bagi keluarga yang mengerjakan bendang atau sawah. Setiap musim padi selepas padi di’perun’, iaitu proses mengasingkan padi yang hampa atau tidak berisi dengan padi yang bernas atau baik. Proses memerun biasanya dibuat secara besar-besaran dengan menggunakan kipas yang akan dipusing menggunakan kaki. Selepas itu, padi akan disimpan di jelapanglah… Keluarga tersebut akan keluarkan sedikit demi sedikit padi untuk ditumbuk untuk mengasingkan kulit padi dan isi padi. Isi padi itulah dinamakan beras. padi yang berbaki di akhir musim akan dibuat kenduri. kalu disimpan terlalu lama, ia akan dinamakan padi usang. sekarang ia hanya sejarah… BERNAS DAH KONTROL PASARAN PADI.

Seekor burung terkukur. Ia adalah kegilaan sebahagian penduduk di sini. Suaranya adalah igauan pencinta seni suara burung. Kuk-kuknya adalh mimpi indah pemiliknya. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Hanya peminat burung yang mampu mengungkapkan ketagihan itu…. saya tak minat… macam siksa dia… Lagipun kakinya ditambat…

Beberapa ekor ayam. Zaman dulu menyabung ayam atau orang sini panggil ‘berlaga ayam’ adalah fenomena. Tengok ayam berlaga adalah satu kepuasan. Melihat ayam menikam lawan dengan paruh dan tajinya yang tajam adalah satu kesenian. kadang-kala taji disapu racun yang berbisa. Bila musuh ditikam, racun akan meresap, mematikan sistem orgam badan ayam, lalu ayampun terkeoklah. Zalim… dan zalimm…