Gambar dacing dan keris telanjang sudah naik… Ertinya duit sudah ‘turun’….
-
Ustaz Nasir
-
Recent Posts
Archives
-
Komentar
Categories
Ustaz Nasir bersama Timbalan Pengarah MTD Pedu, Saudara Mohd Talib dan Aziz Shamsudin. Mereka adalah petugas yang segar dan setia.
Bersedia untuk menunaikan solat Jumaat. Gambar kanan sekali ialah Prof Politik Padang Terap, Ayahanda Yahya Saud; seorang pemimpin politik sejak zaman Dato Asri Muda, bekas Yang Dipertua Agung PAS. Dato Asri pernah bertanding di Palimen Padang Terap pada pilihanraya 1978 tetapi tewas 2000 undi. Kanan sekali ialah Pengarah MTD pedu merangkap AJK Kawasan. Beliau ialah Daud bin Salleh, aktivis gerakan Islam sejak sebelum merdeka.
Bergambar di hadapan pejabat MTD Kuala Nerang. Sebelum bertolak ke Masjid di salah sebuah masjid jami’ di DUN Kuala Nerang untuk menunaikan solat Jumaat.
Mendengar nasihat dan pandangan bekas Calon PAS DUN Kuala Nerang pada tahun 1990. Ustaz Ghazali.
Menziarahi seorang penduduk padang Terap. Beliau ialah bekas Pengerusi JKKK kampung tersebut… Kata penyair Arab;”Alangkah ramainya orang yang sakit, tetapi tak juga mati, dan alangkah ramainya orang yang sihat, tiba-tiba mati takdak sebab”.
Tuan Haji Awang Samad Ali, satu fenomena baru Padang Terap. Bekas pimpinan UMNO Bahagian Padang Terap. 37 tahun dalam UMNO. Bersinting lengan membantu calon PAS dan PKR. Punyai pertalian keluarga dengan Ustaz Nasir. Beliau ialah Timb Ketua Bahagian PKR Padang Terap.
Bersama pemuda warga Thai di satu majlis. Tanpa takut dan bimbang. Sokongan padu dan terbuka kepada Ustaz Nasir dan Ir Zamri calon DUN Pedu. Mereka adalah bumiputera yang sama dengan Melayu. Turut teraniaya akibat sistem korup pujaan pemimpin Korup tak kira bangsa. Islam haramkan kezaliman kepada semua, tak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Hatta kepada binatang dan tumbuhan.
Makanlah wahai rakyat. Ini adalah makanan paling sedap bagi kamu. Pemimpin kamu adik dia ada Restoran Nasi kandar di Australia. Dia pergi rasmi ketika rakyat Johor bergelumang dengan musibah banjir besar. Kalau dia lapar dia pi makan di sana. Dia pi naik jet harga 235 juta. Kalau nak makan angin dia pi Turki Naik Kapal Layar nama Cobra dengan Jeane dia. Lepas sebulan restoran pun tutup. Awat jadi lagutu???
Bersama pemimpin masyarakat Thai. Dia berazam nak wujudkan Malaysia Baru. Tanpa takut, tanpa bimbang dan ragu. Ya… Malaysia Untuk Semua. Bukan lagi untuk pemimpin dan kroni sahaja.
Bersama Ust Samsuri Haji Ahmad. Seorang ulama yang berani dan tegas menyatakan kebenaran. Ketua UPU Kg Belukar. Beliau juga seorang pengamal perubatan Islam. Adik beradik Dato Dr Harun Din. Calon Parlimen Arau.
Calon dijamu selera dengan gulai ikan temenung campur terung. Fuhh, wa cakap lu. tangkap leleh. Ikan temenung pun dah RM6 lani. Tahun lepas RM3. Ya BN la katakan…. Barang Naik, Berapa Naik?, Banyak Naik, Bila Naik? LEPAS PILIHANRAYA PASTI NAIK. LEPAS TU APA LAGI NAIK? RAKYAT NAIK MINYAK!!
Ceramah Larut malam. Permintaan pemimpin BN dan UMNO. Mereka nak dengar jugak Ustaz Nasir. Biodata dan CD beliau habis dalam masa yang singkat. Mereka adalah kawan2, saudara-mara Ustaz Nasir.
Dua orang AJK PAS Kawasan Padang Terap. Hidup mati demi Islam